WELOCOME TO MY BLOG

Sunday 12 April 2015

Tentang Saya...

Tentang Saya
Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang ke Blogger saya, sebelum itu saya memperkenalkan diri saya dahulu.  Anda semua boleh panggil saya Jeff. tapi nama glamour saya biasa saya letak Jeffry Ameer Darius panjang ceritanya asal usul nama saya ini. tp hendak cerita agak malas sikit. hehehehe. saya masih menuntut di sebuah institusi pendidikan terkemuka dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Pengurusan Pelancongan & Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan pasir gudang Johor. 

Sebelum bergelar sebagai seorang pelajar ialah Pemandu Pelancong Bandar ( City Tourist Guide ) .  kebanyakan orang kalau tidak tahu bidang pelancongan ini, mesti ramai yang cakap sy ini pemandu bas pelancongan sebabnya kan kalau disebut dalam bahasa melayu Pemandu pelancong gelaran tersebut lebih kepada pemandu bas pelancongan.  jenuh juga nak terangkan kepada sesiapa yang tanya saya kerjaya itu lebih kepada apa. tapi apa-apa pon kerjaya yang saya ceburi ini memang sangat lumayan dan merupakan kerjaya yang sangat menyeronokkan.  pendapatan sebulan bagi seorang pemandu pelancong( Tourist Guide ) ini sangat lumayan, boleh mencecah kepada Rm 20 000 sebulan itu pon kalau dah memiliki kemahiran bahasa yang banyak lah.  sudahlah dapat duit, dapat tips lagi  dapat pula melancong secara percuma.  kemana sahaja kita pergi kita tidak akan mengeluarkan duit kecuali untuk peribadi kita lah. selain dari itu memang kita tidak perlu mengeluarkan duit untuk melancong.  siapa tak nak kalau macam tu.
ini lah saya

semasa memberi penerangan

No comments:

Post a Comment