WELOCOME TO MY BLOG

Monday 13 April 2015

Merancang untuk Bermusafir/Melancong? Apa yang perlu dibuat Sebelum Bermusafir


Sebahagian daripada menjadi tua dengan berjaya (penuaan secara sihat) adalah untuk melakukan sesuatu yang anda gemar selagi tahap kesihatan mengizinkan. Melancong mungkin merupakan salah satu daripada kegemaran anda.
Perancangan yang teliti adalah penting untuk semua pelancong bagi memastikan kesihatan dan keselamatan terjamin semasa melancong. Berikut adalah petua untuk warga emas yang bercadang untuk melancong:
Petua am:
  • Banyak agensi pelancongan yang menyediakan racangan melancong yang khusus untuk warga emas. Dapatkan maklumat daripada beberapa agensi untuk mencari satu agensi pelancongan yang paling sesuai bagi anda.
  • Buat penyelidikan terhadap fasiliti kesihatan di tempat yang anda cadang untuk melancong.
  • Dapatkan pelan insurans pelancongan yang merangkumi masalah perubatan yang sedia ada- sekiranya perlu
  • Rancangan pelancongan yang disediakan oleh agensi pelancongan adalah lebih sesuai daripada merancang sendiri.
  • Dapatkan maklumat penting mengenai cuaca, cara hidup dan bahasa yang digunakan di tempat yang anda bercadang untuk dikunjungi
  • Sekiranya racangan melancong dibuat awal, buatlah persediaan meningkatkan kecerdasan fizikal anda dengan melakukan senaman.

Sunday 12 April 2015

Tips Melancong Keluar Negara


 
Tips Melancong Keluar Negara
 
 
  • ·         Pastikan sebelum anda bercuti anda mempunyai PASSPORT yang masih sah tempoh. Jika PASSPORT anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda diwajibkan untuk memperbaharui PASSPORT anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda. Jangan pandang remeh ya. sila rujuk http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa. 
  • ·         Sebagai peringatan anda juga digalakkan untuk menyemak nama anda bersih daripada senarai hitam untuk keluar negara. sila klik http://sspi2.imi.gov.my/ .
  • ·         Pastikan wang tunai mencukupi dan tukar mata wang mengikut matawang negara yang akan anda lawati. Jika anda memiliki Kad Kredit/Debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada pihak bank anda mengaktifkan kad kredit/Debit anda untuk kegunaan diluar negara Maklumkan Tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Tujuan nya bagi mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/Debit akan disekat jika tidak dimaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu.
  • ·         Kad ATM boleh juga digunakan untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Tetapi sila semak dahulu dengan pihak bank anda samada Kad ATM anda boleh atau tidak untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara.
  • ·         Pastikan Tiket Pesawat anda sudah ditempah terlebih dahulu. Bagi mereka yang inginkan tambang penerbangan yang murah, beli tiket pesawat ketika promosi. ini boleh menjimatkan perbelanjaan anda. biasanya syarikat penerbangan akan membuat promosi awal sebelum penerbangan. 
  • ·         Tempah hotel penginapan anda. Sekarang banyak kemudahan di laman sesawang untuk tempahan hotel penginapan. anda hendaklah membaca terlebih dahulu dan fahamkan terma dan syarat sebelum membuat tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju.
  • ·         Telepon bimbit amat berguna sekali ketika melancong keluar negara sila aktifkan ROAMING. ini memudahkan anda berhubung. Cara lain, sila bawa telefon bimbit lebih dan beli simkad di negara anda lawati. jangan lupa anda hubungi keluarga anda atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang dilawati. jangan lupa ya bagi no telefon bimbit anda.
  • ·         Sebelum keluar negara pastikan anda sentiasa sihat ini mengelakkan percutian anda terganggu dengan keadaan yang tidak sihat. nanti anda tidak dapat menikmati suasana bercuti.
  • ·         Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis, kolestrol atau sebagainya bekalan ubat hendaklah mencukupi.
  • ·         Semasa berada di Lapangan Terbang awasi bagasi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan bagasi anda sesuka hati. nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari.
  • ·         Sila patuhi undang-undang ketika berada dinegara yang anda lawati.
  • ·         Maklumkan kepada jiran anda bahawa anda akan bercuti dalam tempoh beberapa hari. Bagi mengelakan perkara yang tidak diingin berlaku ketika anda bercuti.
  • ·         Bawa Kamera untuk merakam aksi anda ketika bercuti sebagai kenangan.

Tentang Saya...

Tentang Saya
Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang ke Blogger saya, sebelum itu saya memperkenalkan diri saya dahulu.  Anda semua boleh panggil saya Jeff. tapi nama glamour saya biasa saya letak Jeffry Ameer Darius panjang ceritanya asal usul nama saya ini. tp hendak cerita agak malas sikit. hehehehe. saya masih menuntut di sebuah institusi pendidikan terkemuka dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda ( Kepujian ) Pengurusan Pelancongan & Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan pasir gudang Johor. 

Sebelum bergelar sebagai seorang pelajar ialah Pemandu Pelancong Bandar ( City Tourist Guide ) .  kebanyakan orang kalau tidak tahu bidang pelancongan ini, mesti ramai yang cakap sy ini pemandu bas pelancongan sebabnya kan kalau disebut dalam bahasa melayu Pemandu pelancong gelaran tersebut lebih kepada pemandu bas pelancongan.  jenuh juga nak terangkan kepada sesiapa yang tanya saya kerjaya itu lebih kepada apa. tapi apa-apa pon kerjaya yang saya ceburi ini memang sangat lumayan dan merupakan kerjaya yang sangat menyeronokkan.  pendapatan sebulan bagi seorang pemandu pelancong( Tourist Guide ) ini sangat lumayan, boleh mencecah kepada Rm 20 000 sebulan itu pon kalau dah memiliki kemahiran bahasa yang banyak lah.  sudahlah dapat duit, dapat tips lagi  dapat pula melancong secara percuma.  kemana sahaja kita pergi kita tidak akan mengeluarkan duit kecuali untuk peribadi kita lah. selain dari itu memang kita tidak perlu mengeluarkan duit untuk melancong.  siapa tak nak kalau macam tu.
ini lah saya

semasa memberi penerangan